Rabu, 25 Jun 2008

SOS Nasi Ayam

Bahan-bahannya:

5 biji lada merah
3 ulas bawang putih
1/4 limau nipis (diambil jusnya)
5 sudu makan air
Garam - secukup rasa
Gula - secukup rasa


Cara-caranya:
1. Tumbuk atau kisar lada merah dan bawang putih.
2. Masukkan gula dan garam. Gaul dengan lesung atau kisar sekali lagi.
3. Masukkan jus limau. Gaul hingga rata.

Rating : 5/5

NASI AYAM ( hidangan untuk 4-6 orang)

Bahan-bahannya:

Nasi Ayam
2 cm halia - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1 ulas bawang besar - dihiris
3 sukatan beras - dikosek dan ditoskan airnya
1 sudu besar bijiran stok ayam Maggi
3 sudu makan minyak masak
1 helai daun pandan - dibasuh dan diikat
1 batang serai - diketuk
Garam secukup rasa


Sup Ayam
1/2 ekor ayam - dipotong
1 ulas bawang putih - dihiris
3 ulas bawang merah - dihiris
3 sudu makan minyak masak
2 liter air
3 batang daun sup/bawang - dihiris
Garam - secukup rasa
Serbuk lada putih - secukup rasa


Cara-caranya:

Bahagian A - stok dan sup ayam
1. Tumiskan hirisan bawang putih dan bawang merah dari bahan sup ayam.
2. Masukkan potongan ayam dan air. Biarkan sehingga mendidih.
3. Luakkan stok ayam untuk memasak nasi dahulu.
4. Tabuhkan garam dan serbuk lada putih secukup rasa pada stok yang berlebihan.
5. Tabuhkan hirisan daun sup/bawang pada sup ayam semasa menghidangkan lauk.

Bahagian B - nasi ayam
1. Tumiskan serai, hirisan bawang besar, halia dan bawang putih yang ditumbuk.
2. Masukkan bijiran stok ayam dan beras yang airnya sudah ditos. Gaul hingga wangi beras tadi.
3. Masukkan stok ayam menurut sukatan untuk beras.
4. Masukkan daun pandan
5. Tanakkan campuran beras tadi hingga masak.
6. Tabuhkan bawang goreng semasa menghidangkan Nasi Ayam.

Rating : 4/5. Markah yang lagi satu hilang kerana tepung ayam yang digoreng tidak cucuk untuk dimakan bersama nasi ayam ini.