Isnin, 24 Ogos 2009

AYAM GORENG LADA HITAM

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam dipotong 12(dicuci bersih dan ditos airnya)
1 sudu makan rempah kari ayam/daging
2 sudu makan biji lada hitam (ditumbuk kasar)
2 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan sos tiram
1 sudu makan gula pasir
sedikit garam dan lada sulah

Minyak untuk digoreng ayam

Cara-caranya:
1.Gaulkan potongan ayam bersama-sama bahan-bahan yang lain sehingga rata.
2.Perapkan selama lebih daripada 3 jam supaya bahan-bahan tadi meresap ke daging ayam.
3.Goreng ayam yang telah diperap di dalam minyak panas. Buka api sederhana sahaja.


Rating : 5/5
Resipi ini diubah suai daripada resipi yang diambil daripada satu daripada buku-buku masakan.
Menurut Semut Biru, ia lebih sedap daripada ayam panggang lada hitam Giant. Isinya pula lembut dan mudah dikunyah kanak-kanak dan tidak kering selepas digoreng. Alhamdulillah!

Boleh dimakan dengan sendirinya, atau dengan sos atau bersama-sama dengan pelbagai masakan nasi.

Selasa, 31 Mac 2009

NASI GORENG IKAN SALMON (hidangan untuk 4 orang)

Bahan-bahannya:

250g ikan salmon - dipotong dadu
1 1/2 cawan beras - dikosek dan ditanak
1 ikat kangkung - dipotong lebar
2 genggam kacang panjang - dihiris 1cm panjang
3 biji cendawan hidup - dipotong dadu
4 biji telur
5 sudu makan minyak zaitun
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
4 sudu makan sos lada hitam
4 sudu makan sos tiram (vegetarian)
1 genggam bawang goreng
Garam
Lada sulah
Air


Cara-caranya:
1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan cendawan dan tumis sehingga bau maung cendawan hilang.
3. Ketepikan bahan-bahan yang sudah ditumis dan masukkan telur ditengah- tengah kuali. Masak sehingga telur masak.
4. Masukkan sayur-sayuran yang lain. Masukkan sedikit air untuk lecurkan sayur-sayuran itu.
5. Masukkan nasi yang sudah ditanak, sos tiram dan sos lada hitam dan gaul sehingga rata.
6. Bubuh secukup rasa garam serta lada sulah. Gaul hingga rata. Matikan api.
7. Tabuhkan bawang goreng di atas nasi goreng tadi.

Rating: /5
Idea untuk memasak nasi goreng ini diilhamkan daripada Ummu Ahmad. Jazakillah!

SUP AYAM LABU

Bahan-bahannya:

1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 keping dada ayam
3 biji cendawan butang - dihiris tipis
1 biji tomato - dipotong dadu
50g Labu butternet - dipotong dadu
3 sudu teh tomato puri
3 sudu teh tomato sos
secubit garam - untuk rasa
1 sudu teh gula
1 sudu makan minyak masak
1 sudu makan campuran dedaun (untuk masak bolognaise)
500ml air


Cara-caranya:

1. Tumiskan hirisan bawang putih, bawang merah, bawang besar dan campuran dedaun.
2. Masukkan tomato, cendawan, labu, tomato puri, sos tomato, ayam dan air. Gaul dan biarkan mendidih atas api yang kecil.
3. Masukkan garam dan gula. Gaul dan rasa menurut citarasa masing-masing.


Boleh dimakan sebagai berikut:
1. Bersama-sama nasi, pasta atau mi.
2. Begitu sahaja (disarankan masukkan 2 biji kentang dipotong 4 atau 6 sebagai pengganti nasi atau pasta atau mi untuk zat karbohidrat

Khamis, 13 November 2008

CHUTNEY

Bahan-bahannya:

2 biji bawang besar - dihiris halus
2 biji buah delima
1 ikat daun ketumbar - dihiris
3 biji lada hijau - dihiris
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
3 sudu makan tairu
1 sudu makan jus perahan limau kasturi

Cara-caranya:
1. Ramas hirisan bawang besar bersama-sama lada hijau sehingga naik bau gaulan tadi.
2. Masukkan bahan-bahan yang lain dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan Chutney ke dalam peti ais sebelum dimakan bersama-sama Nasi Briyani.


Rating: 4.75/5
Resipi ini dipelajari daripada Ummu Nashitah, yang berasal daripada India. Jazakillah!

RENDANG DAGING

Bahan-bahannya:

250g daging lembu/kambing dipotong dadu (5cmX5cm)
2 sudu makan rempah daging
5 biji lada merah/lada kering - dikisar
3 biji bawang besar - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
3 biji bawang merah - dikisar
3 helai daun limau - dikisar
1 batang serai - 1/2 dikisar, 1/2 diketuk
1 helai daun kunyit
1 sudu makan kerisik
50ml santan
100ml air
minyak
garam


Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dan masukkan serai yang diketuk sehingga naik harumnya.
2. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan juga daun kunyit. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan kerisik, rempah daging, daging, air dan separuh daripada santan. Masak sehingga daging empuk dan rencah menjadi pekat.
4. Masukkan santan yang lebih serta garam secukup rasa. Biarkan hingga mendidih dan padamkan api.


Rating: 4.5/5
Resipi ini asalnya daripada ibu Hains. Jazakillah!

LEMAK PUCUK UBI

Bahan-bahannya:

1 batang serai - diketuk
200ml santan
500ml air
Pucuk ubi - direbus dan ditos terlebih dahulu untuk menghilangkan kepahitannya
Minyak untuk ditumis
Garam

***Bahan-bahan untuk dikisar/ditumbuk:
Segenggam ikan bilis
3 biji bawang putih
3 biji bawang besar
1 biji buah keras
1/2 batang serai
*********************************


Cara-caranya:
1. Panaskan minyak. Masukkan serai yang diketuk.
2. Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk/dikisar sehingga garing.
3. Masukkan air, santan dan pucuk ubi yang telah direbus. Masak sehingga mendidih.
4. Masukkan garam secukup rasa.


Saranan yang lain:
1. Enak jika dimakan dengan nasi dan ikan asin atau telur asin. Kalau sedemikian, boleh kurangkan garam pada lauk lemak ini.
2. Jika lada tidak digunakan, bolehlah makan dengan sambal belacan.
3. Boleh diberikan kepada anak-anak kecil.


Rating: 4.5/5
Resipi ini telah diubah-suai daripada resipi sebenar yang diberikan oleh pembantu Ummu Danial/Harith yang berasal daripada Batam. Resipi sebenar menggunakan/tidak menggunakan bahan-bahan yang berikut:

Bawang merah, bukan bawang besar;
Udang kering, bukan ikan bilis;
Tiada lada digunakan.

Ahad, 9 November 2008

LASSI MANGGA

Bahan-bahannya:

255ml tairu
130ml susu
3 biji mangga
4 sudu teh gula
Garam -secukup rasa
1 biji buah pelaga
1 cawan ais
Cara-caranya:

Kisar semua bahan-bahan dan sajikan di dalam cawan.


Saranan yang lain:
Untuk membuat hanya lassi, diperlukan hanya susu, tairu, 2 sudu makan gula aising

*Resipi ini dipetik daripada lelaman Jamie Oliver.