Rabu, 9 Julai 2008

ASAM PEDAS

Bahan-bahannya:

1 keping ikan pari - dipotong ~5cm X 5cm
3 biji bawang putih - dikisar
7 biji bawang merah - dikisar
1 biji bawang besar - dikisar
1 batang serai
3 biji lada hidup - dikisar
5 sudu makan lada kisar
3 batang daun kesum (diambil daunnya sahaja)
1 biji limau perut (diambil jusnya sahaja)
15 batang bendi
Garam secukup rasa
Serbuk perisa
Minyak masak

Cara-caranya:
(sekiranya ingin bendi yang lembut, disarankan rebuskan bendi-bendi selama 5 minit terlebih dahulu)

1. Panaskan minyak dan masukkan serai. Tunggu sehingga baunya naik.
2. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar. Tumiskan sehingga minyak naik.
3. Masukkan ikan pari dan jus limau.
4. Masukkan air sehingga atas paras ikan pari. Biarkan sehingga ikan pari masak atau 15 minit. Kecilkan api dan biarkan mendidih.
5. Masukkan garam dan secubit serbuk perisa. Gaul dan padamkan api.
6. Masukkan bendi-bendi yang telah direbus.
7. Taburkan daun kesum di atas lauk yang telah masak.

Saranan tambahan:

Jika ingin lebih pedas, boleh ditambahkan dengan lada hitam yang ditumbuk atau lebihkan sahaja lada kisar.

Selasa, 1 Julai 2008

SAMBAL GORENG

Bahan-bahannya:

3 keping tempe - dipotong dadu dalam 2cm dan digoreng
2 keping tahu - dipotong dadu dalam 2cm dan digoreng
1 ikat kacang panjang - dihiris melintang dalam 2cm panjang
2 cm halia - dikisar
3 biji bawang besar - dikisar
5 biji lada merah - dikisar
1 batang serai - dihiris halus
5 biji bawang merah - dihiris halus
3 sudu makan lada kisar
1 sudu makan air perahan limau/assam
1 genggam bawang goreng
Garam secukup rasa
Minyak masak



Cara-caranya:

1. Tumiskan hirisan serai hingga wangi.
2. Masukkan hirisan bawang merah. Gaul dan tumiskan hingga wangi.
3. Masukkan bahan-bahan yang dikisar. Gaul dan tumiskan sehingga naik minyak.
4. Masukkan kacang panjang. Gaul dan masakkan sehingga melecur.
5. Masukkan air limau, tempe dan tahu yang telah digoreng. Gaul dan masukkan garam secukup rasa.
6. Akhirnya masukkan bawang goreng dan gaul rata.



Rating : 4.7/5. Oleh kerana kekurangan satu bahan, yakni, udang hidup, rasa sambal goreng ini hampir-hampir sama dengan yang pernah Semut Biru rasa pada sambal goreng ibunya.