Rabu, 9 Julai 2008

ASAM PEDAS

Bahan-bahannya:

1 keping ikan pari - dipotong ~5cm X 5cm
3 biji bawang putih - dikisar
7 biji bawang merah - dikisar
1 biji bawang besar - dikisar
1 batang serai
3 biji lada hidup - dikisar
5 sudu makan lada kisar
3 batang daun kesum (diambil daunnya sahaja)
1 biji limau perut (diambil jusnya sahaja)
15 batang bendi
Garam secukup rasa
Serbuk perisa
Minyak masak

Cara-caranya:
(sekiranya ingin bendi yang lembut, disarankan rebuskan bendi-bendi selama 5 minit terlebih dahulu)

1. Panaskan minyak dan masukkan serai. Tunggu sehingga baunya naik.
2. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar. Tumiskan sehingga minyak naik.
3. Masukkan ikan pari dan jus limau.
4. Masukkan air sehingga atas paras ikan pari. Biarkan sehingga ikan pari masak atau 15 minit. Kecilkan api dan biarkan mendidih.
5. Masukkan garam dan secubit serbuk perisa. Gaul dan padamkan api.
6. Masukkan bendi-bendi yang telah direbus.
7. Taburkan daun kesum di atas lauk yang telah masak.

Saranan tambahan:

Jika ingin lebih pedas, boleh ditambahkan dengan lada hitam yang ditumbuk atau lebihkan sahaja lada kisar.

Tiada ulasan: