Khamis, 13 November 2008

CHUTNEY

Bahan-bahannya:

2 biji bawang besar - dihiris halus
2 biji buah delima
1 ikat daun ketumbar - dihiris
3 biji lada hijau - dihiris
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
3 sudu makan tairu
1 sudu makan jus perahan limau kasturi

Cara-caranya:
1. Ramas hirisan bawang besar bersama-sama lada hijau sehingga naik bau gaulan tadi.
2. Masukkan bahan-bahan yang lain dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan Chutney ke dalam peti ais sebelum dimakan bersama-sama Nasi Briyani.


Rating: 4.75/5
Resipi ini dipelajari daripada Ummu Nashitah, yang berasal daripada India. Jazakillah!

RENDANG DAGING

Bahan-bahannya:

250g daging lembu/kambing dipotong dadu (5cmX5cm)
2 sudu makan rempah daging
5 biji lada merah/lada kering - dikisar
3 biji bawang besar - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
3 biji bawang merah - dikisar
3 helai daun limau - dikisar
1 batang serai - 1/2 dikisar, 1/2 diketuk
1 helai daun kunyit
1 sudu makan kerisik
50ml santan
100ml air
minyak
garam


Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dan masukkan serai yang diketuk sehingga naik harumnya.
2. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan juga daun kunyit. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan kerisik, rempah daging, daging, air dan separuh daripada santan. Masak sehingga daging empuk dan rencah menjadi pekat.
4. Masukkan santan yang lebih serta garam secukup rasa. Biarkan hingga mendidih dan padamkan api.


Rating: 4.5/5
Resipi ini asalnya daripada ibu Hains. Jazakillah!

LEMAK PUCUK UBI

Bahan-bahannya:

1 batang serai - diketuk
200ml santan
500ml air
Pucuk ubi - direbus dan ditos terlebih dahulu untuk menghilangkan kepahitannya
Minyak untuk ditumis
Garam

***Bahan-bahan untuk dikisar/ditumbuk:
Segenggam ikan bilis
3 biji bawang putih
3 biji bawang besar
1 biji buah keras
1/2 batang serai
*********************************


Cara-caranya:
1. Panaskan minyak. Masukkan serai yang diketuk.
2. Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk/dikisar sehingga garing.
3. Masukkan air, santan dan pucuk ubi yang telah direbus. Masak sehingga mendidih.
4. Masukkan garam secukup rasa.


Saranan yang lain:
1. Enak jika dimakan dengan nasi dan ikan asin atau telur asin. Kalau sedemikian, boleh kurangkan garam pada lauk lemak ini.
2. Jika lada tidak digunakan, bolehlah makan dengan sambal belacan.
3. Boleh diberikan kepada anak-anak kecil.


Rating: 4.5/5
Resipi ini telah diubah-suai daripada resipi sebenar yang diberikan oleh pembantu Ummu Danial/Harith yang berasal daripada Batam. Resipi sebenar menggunakan/tidak menggunakan bahan-bahan yang berikut:

Bawang merah, bukan bawang besar;
Udang kering, bukan ikan bilis;
Tiada lada digunakan.

Ahad, 9 November 2008

LASSI MANGGA

Bahan-bahannya:

255ml tairu
130ml susu
3 biji mangga
4 sudu teh gula
Garam -secukup rasa
1 biji buah pelaga
1 cawan ais
Cara-caranya:

Kisar semua bahan-bahan dan sajikan di dalam cawan.


Saranan yang lain:
Untuk membuat hanya lassi, diperlukan hanya susu, tairu, 2 sudu makan gula aising

*Resipi ini dipetik daripada lelaman Jamie Oliver.

SOS BOLOGNAISE

Bahan-bahannya:

3 biji bawang besar (yang sederhana)- dipotong dadu
3 biji tomato - dipotong dadu
1 biji kentang - dipotong dadu
100g daging cincang
1 tin 'Tomato Sauce' DelMonte
1 helai daun basil
1 sudu kecil daun oregano
1/2 tin cendawan butang - dihiris
1/2 tin cendawan 'straw'(merang) - dihiris
Minyak
Gula
Garam
Air


Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dan masukkan bawang besar yang telah dipotong dadu. Tumis sehingga bau wangi.
2. Masukkan dedaun oregano dan basil, daging cincang, tomato dan kentang. Tambahkan sedikit air sehingga ia menutupi bahan-bahan tadi. Biarkan sehingga daging empuk, dalam 15-20 minit.
3. Masukkan sos tomato Delmonte. Masukkan gula dan garam secukup rasa.


Saranan yang lain:

1. Jika ada yang tidak suka makan bawang besar dan tomato, boleh dikisar berlainan.
2. Sos Bolognaise ini boleh dimakan bersama-sama spageti, roti Perancis atau nasi sebagai 'Baked Rice'.


Rating: 4/5

*Resipi ini diambil daripada pembantu Ummu Danial & Harith