Jumaat, 10 Oktober 2008

SAMBAL BELADOH

Bahan-bahannya:

15 batang lada merah
20-30 batang cili padi
3 biji bawang besar
3 ekor ikan ayam-ayam (digoreng dahulu)
Minyak secukupnya (bahan-bahan tenggelam di dalam minyak)


Cara-caranya:
1. Kisar kasar-kasar lada merah, cili padi dan bawang besar.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga garing dan pecah minyak.
Ceduk minyak yang berlebihan (sekiranya ingin kurang minyak hendaknya).
3. Masukkan garam secukup rasa.
4. Masukkan ikan yang telah digoreng terlebih dahulu. Gaul hingga rata.


Rating : 4.7/5

* Resipi ini didapati daripada Ummu Ahmad Dzul Faruq. Jazakillah!

Tiada ulasan: